Jumat, 07 Februari 2014

PM Lawat Dr Mahathir Di IJN


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Sabtu mengunjungi Tun Dr Mahathir Mohamad di Wad Umum Institut Jantung Negara (IJN).

Najib dan Rosmah meluangkan masa lebih 30 minit bersama Dr Mahathir yang ditemani Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir berada dalam keadaan riang.

Bekas perdana menteri itu memberi respons baik kepada rawatan sejak dimasukkan ke IJN Sabtu lepas kerana jangkitan dada.

“Pasukan perubatan puas hati dengan kemajuan beliau,” kata satu kenyataan dari pejabat Dr Mahathir, Sabtu.

Kenyataan itu menjelaskan bekas perdana menteri kini menjalani rawatan dan fisioterapi dada serta senaman. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar