Sabtu, 01 Februari 2014

Pakistan saman AS


ISLAMABAD - PAKISTAN. Pakistan bertindak menyaman Amerika Syarikat susulan kematian Ketua Taliban di Pakistan, Hakimullah Mehsud.

Menurut laporan Al Jazeera, beliau terbunuh dalam satu serangan pesawat kawalan jauh AS atau drone sekali gus memberi tamparan hebat kepada kumpulan itu.

Menteri Dalam Negeri Chaudhry Nisar berkata, serangan itu menggagalkan usaha damai Pakistan untuk membawa negaranya ke arah keamanan dan kestabilan.

“Pakistan mengutuk keras pembunuhan pemimpin Taliban. Kematian beliau mematikan permulaan rundingan damai antara Taliban dan Pakistan,” katanya.

Sementara itu, kumpulan Tehrik-i-Taliban Pakistan (TTP) menamakan Said Khan Sajna, sebagai ketua kumpulan baru.

Said Khan Sajna mendapat undian 43-17 selepas 60 anggota membuat undian semalam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar